Iklan

Liputan di Zoom-A


Bandar Pekan: 3 Julai 2010, Program Pembelajaran Interaktif Melalui Internet , Calon UPSR 2010 ( Zoom 'A' ) Pekan Digital yang dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Encik Mohamad Zailani bin Mohamad Said , bertempat di Dataran Pekan, bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari kini merentasi kelompok Pantai dan Chini setelah kelompok Bandar telah menjalankan aktiviti tersebut pada 26 Jun 2010 di Dataran yang sama.

Seramai 131 orang pelajar serta 72 orang guru yang berpeluang menyertai program ini. Zoom ‘A’ ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif melalui kemudahan Internet dirancangkan dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran. Program ini juga merupakan gedung e-Pembelajaran yang eksklusif dan efektif. Kelebihan Zoom-A ialah sebagai gedung soalan klon peperiksaan tahun-tahun lepas, soalan praktis pengukuhan dan sumber pengayaan pembelajaran terkini.







APA KATA MEREKA....



" Jika kita berpadu tenaga, semua yang dirancang pasti menjadi.."En. Yahya bin Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran Daerah Pekan.





" Program ini akan mencapai matlamat yang diharapkan sekiranya para peserta dapat aplikasikan pengajaran dan pembelajaran hari ini di sekolah dan dirumah..". En. Zailani, Timbalan Pelajaran Daerah Pekan






" ..banyak pengalaman serta ilmu yang dipelajari.." Asyirah Hanim,12, pelajar SK Tanjong Agas.







".. pembelajaran yang menyeronokkan, guru dan rakan juga banyak membantu". Solehah, 12, SK Merchong Jaya.




"..sangat menarik dan dapat ilmu yang baru tentang ICT.." Hasnita a/p Halib,12, SK Tanjong Agas





"..Kami bagi Kelompok Chini mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPD dan Jawatankuas ZOOM-A, lang yang begitu baik dalam usaha mencapai kecemerlangan sesuai dengan Moto Pejabat Pelajaran Daerah Pekan iaitu " Pendidikan Pekan Melangkah Maju.." En. Radhi bin Che Ibrahim. Guru Besar SK Chini Timur 2. Pengerusi Kelompok Chini




".. program yang menarik minat pelajar dan sangat baik jika ia diteruskan untuk subjek-subjek yang lain juga. Penyertaan pelajar yang ramai serta sedikit gangguan teknikal merupakan cabaran bagi pihak penganjur bagi masa akan datang.." Tn.Hj. Ahmad Kamal bin. Ab Latif, Guru Besar SK Tanjung Batu. Setiausaha Kelompok Pantai.



".. pelaksanaan ini merupakan langkah bijak dalam menyediakan generasi yang mahir ICT dan yang kaya dengan ilmu. Diharapkan program ini akan mencapai matlamat yang diharapkan.." EN. Mohd Idrus bin Ruddin. Penolong Pengarah Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang.